Menu
  • Album Photo 2018
  • LAMAN UTAMA
    • MAKLUMAT AM
    • SENARAI PENGETUA
    • PIBG >
      • SENARAI AJK PIBG
  • KURIKULUM
    • Majlis Graduasi 2018
    • Pend Seni Visual 2019
    • HSP Sekolah Menengah
    • Bahan Matematik T3 2019
    • Bahan P Moral T3 2019
  • Kokurikulum
    • SUKAN TAHUNAN 2014
  • GALERI SEKOLAH
    • Seraya TV 2018
    • Seraya TV 2017
    • ALBUM 2014 >
      • HARI GURU 2014
      • HARI BICARA AKADEMIK 2014
      • LARIAN SERAYA 2014
      • MESYUARAT AGONG KOPERASI
      • LARIAN AMAL 2014
      • COOKING & BAKING >
        • KELAS KE-2
        • KELAS KE-3
        • KELAS KE-4
        • KELAS KE-5
        • PROFIL SEKOLAH >
          • PENTADBIRAN
          • SENARAI GURU DAN STAF
        • KELAS KE-6
    • ALBUM 2015 >
      • HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1
      • COOKING & BAKING >
        • OPEN TABLE 1
      • PIBG DAN PROGRAM ZIARAH
    • ALBUM 2016 >
      • HARI PENDAFTARAN FORM 1
    • Album 2017
    • AKTIVITI 2017
  • INFO ICT
    • VLE FROG >
      • Panduan VLE Frog
    • Briged Siber
  • MAKLUMAN HEBAHAN
  • SERAYA TV
  • HUBUNGI KAMI
  • Link Page
  SMK TAMAN SERAYA

smk taman seraya
jalan bunga melati 8
56100 ampang, selangor
tel : 03-4292 3696

PROFIL SEKOLAH

Lambang SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SERAYA
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya ditubuhkan pada Januari 1989 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Muda sehingga November 1990. Sekolah terletak dalam kawasan perumahan Taman Seraya. Asal tapak kawasan sekolah berbukit dan telah diratakan untuk mendirikan bangunan sekolah.
Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan guru yang mengajar hanya seramai 7 orang. Bilangan murid yang pertama sekali mendaftar seramai 212 orang. Kebanyakan murid perintis datang dari sekolah-sekolah berhampiran iaitu Cheras Baharu dan Sekolah Kebangsaan Taman Tasik. Murid-murid baru ditempatkan dalam enam kelas tingkatan satu. Waktu pembelajaran bermula dari 1.15 petang hingga 6.40 petang. Kini , bilangan guru di sekolah menjangkau 83 orang dengan bilangan murid seramai 1487 orang.
Pengetua pertama ialah En Bisiri Bin Singat yang bertugas dari 1989 hingga 1991 sebelum bertukar ke sekolah Kebangsaan Taman Tasik. Kemudian ,jawatan pengetua dipegang oleh Cik Kamariah Binti Sidek dari ogos 1991 hingga oktober 1992. Beliau ditukar ke Sekoalh Menengah Abdul Jalil, Hulu Langat.Kemudian jawatan pengetua dipegang oleh Tuan Hj. Mohammmed Sabudin bin Tamsir. Beliau berkhidmat dari 16 Oktober 1992 hingga Disember 1994. Beliau diganti oleh Puan Zakiah bt. Md. Lassim mulai 16 Mei 1995 sehingga awal tahun 1997. Seterusnya, jawatan beliau dipegang oleh Puan Petri Noor Jaliah. Apabila beliau bertukar ke sekolah lain pada 16 Mac 1998, jawatan pegetua seterunya diterajui oleh Datin Hjh. Halimah sehingga 16 Disember 2001.
Mulai Januari 2003, Cik Kamariah bt. Mohd Sidek menerajui semula sebagai pengetua sehingga menamatkan perkhidmatannya pada 28 April 2006. Tempat beliau diganti oleh Datin Mazilah bt. Ahmad Mansur pada Jun 2006 dan kemudiannya bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 pada 31 Januari 2008. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya menerima pengetua Puan Siti Zaharah bt. Kadir sebagai pengetua baru mulai 1 Februari 2008 .
Bangunan baru sekolah mula dibina pada April 1990. Hasil desakan PIBG, bangunan sekolah dapat digunakan lebih awal iaitu pada Disember 1990. Bangunan baru sekolah terdiri daripada tiga blok iaitu Blok A ( Blok Angsana ), Blok B  ( Blok Belian ) dan Blok C ( Blok Cengal). Blok A menempatkan ruang pejabat untuk kemudahan orang awam atau ibubapa yang ingin berurusan dengan pihak.
Pada pertengahan tahun 1994, pembinaan sebuah blok baru yang dikenali sebagai Blok D ( Blok Damar ) bermula. Blok ini dapat digunakan pada tahun 1998. Blok ini menempatkan dua buah bengkel Kemahiran Hidup, sebuah makmal Reka Cipta dan tiga buah makmal Sains Tulen iaitu Fizik, Kimia, dan Biologi. Peperiksaan awam yang pertama ialah peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada September 1991. Pada tahun 1992, tingkatan 4 mula diperkenalkan. Peperiksaan SPM yang pertama diadakan pada tahun 1993 mencatat kelulusan 54.96%.
Sekolah mula menubuhkan PIBG di pada tahun 1990. En. Razali b. Jamaluddin dilantik sebagai pengerusi yang pertama. Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Taman Seraya ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya dan dinaikkan dari Gred B ke Gred A pada bulan Mac 1998.  Manakala Makmal Komputer  2 tingkat pula dibina pada tahu 2007 dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2008.
Pada tahun 2018, SMK Taman Seraya mempunyai seramai 1703 orang murid-murid. Bagi menyahut wacana dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM sekumpulan guru-guru ICT berusaha menaiktaraf peralatan teknologi dalam Makmal Komputer. Kemudahan internet yang diselenggara secara berkala, diharapkan dapat memacu  konsep pembelajaran teradun. Cara ini adalah pembelajaran teradun, iaitu gabungjalin aktiviti luar talian (kad imbas, eksperimen, penerokaan, bermain kad)  dan dalam talian(VLE Frog, E-mel, Quizizz, Google Drive dan aplikasi lain yang bersesuaian)
 
Lagu Sekolah Menengah kebangsaan taman seraya
                       Berdiri megah indah perkasa 
                                     SMKTS tercinta 
                      Berilmu,harmoni,terus berbakti
                                     Amalan hidup kami

                         
                                   Di sinikan bersemi                 
                                Bakti yang suci murni      
                              Ilmu di cari,cita dikejari  
                                 Berjaya terus berjaya


                         Demi agama ,bangsa ,negara
                                   Berusaha penuh rela
                            Berikrar setia sepenuh jiwa
                                     SMKTS berjaya
                               
                                   Di sinikan bersemi
                                Bakti yang suci murni 
                             Ilmu di cari ,cita di kejari
                             Berjaya terus berjaya


                           Demi agama,bangsa,negara
                               Berusaha penuh rela
                          Berikrar setia sepenuh jiwa   
                                          SMKTS berjaya
​                                          SMKTS berjaya

                                         Ikrar pelajar 
                                 Bahawasanya kami,
              Pelajar-pelajar Sekolah Menangah Kebangsaan                                                Taman Seraya
                  Berikrar akan menunmpukan seluruh tenaga                                              dan  usaha kami,
                 Untuk mencapai kejayaan bagi meningkatkan                                           prestasi sekolah,
           Kami berjanji akan sentiasa bertanggungjawab                                               sebagai pelajar 
           Menjaga nama baik diri,keluarga,sekolah dan                                                         masyarakat,
                             Kami sentiasa mendukung cita-cita,
                             Untuk menjadi insan yang berguna,
                             Kepada agama,bangsa dan negara

                                     Cogan kata sekolah
                               Berilmu,Harmonis,Berbakti
                          
                   Berilmu:Kaya dengan pelbagai ilmu                                        pengetahuan sentiasa belajar mencari ilmu                         pengetahuan,pengalaman dan kemahiran bagi                      melengkapkan diri untuk menghadapi segala                      cabaran dalam kehidupan.   
                   Harmonis:Selaras,seimbang,sepadan                               dan  bersesuaian Melahirkan warga yang sentiasa            menghormati antara satu sama lain, saling                             bekerjasama dan bertolak ansur tanpa mengira                   bangsa dan agama demi mewujudkan kehidupan                                yang lebih harmonis.
                 Berbakti:Berbuat bakti kepada nusa dan                             bangsa Melengkapkan diri sebagai manusia yang               berjasa kepada diri,keluarga,masyarakat dan                      bangsa.

  1.                                                  Misi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

                                                  Visi
Pendidikan berkualiti,insan terdidik,negara sejahtera.

                                    Piagam pelanggan
Bahawasanya kami warga SMK Taman Seraya berjanji untuk memberikan perkhmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:

Murid:
  1. ​​Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa kuantiti dan kualiti yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan.
  2. Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil dan saksama.
  3. Memastikan semua murid mendapat kemudahan yang disediakan.
  4. Memastikan semua murid mendapat peluang yang sama dalam kegiatan kokorikulum.
  5. Memastikan keadaan persekitaran P&P adalah kondusif dan selamat.
  • Memastikan semua murid memenuhi tatacara peraturan dan displin sekolah.
Staf:
  1. Setiap staf sekolah akan menerima latihan dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  2. Sebarang kesulitan atau masalah yang  dihadapi oleh setiap staf  akan diselesaikan dalam tempoh tidak lebih tiga hari.
  3. Pengagihan tugas adalah secara adil dan munasabah.
  4. Memastikan persekitaran tempat kerja yang kondusif  dan selamat.
Waris:
  1. Setiap waris  murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra.
  2. Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi dalam tempoh tiga hari bekerja.
  3. Setiap cadangan atau usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
Badan kerajaan dan bukan kerajaan:
  1. Sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama demi kepentingan bersama.
  2. Menjalikan hubungan dua hala berteraskan konsep masing-masing.
  3. Sentiasa bersedia untuk bertukar-tukar maklumat ke arah memantapkan dunia pendidikan sejagat.
Kementerian pendidikan,jabatan pelajar selangor,pejabat pelajaran hulu langat:
  1. ​Meamastikan setiap arahan pihak kementerian pendidikan diambil tindakan selewat-lewatnya selepas sehari surat arahan diterima.

LATAR BELAKANG SEKOLAH 

                                         Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya ditubuhkan pada Januari  1989 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Muda sehingga November 1990.Sekolah ini terletak dalam kawasan perumahan Taman Seraya.Asal tapak kawasan sekolah ini berbukit dan telah diratakan untuk mendirikan bangunan sekolah.

                                          Pada awal penubuhanya bilangan guru yang mengajar hanya seramai tujuh orang.Bilangan murid yang pertama sekali mendaftar seramai 212 orang.Kebanyakan murid perintis ini datang dari sekolah-sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Muda,Sekolah Kebangsaan Cheras Baru dan Sekolah Kebangsaan Taman Tasik.Murid-murid baru ditempatkan dalam enam kelas tingkatan satu.Waktu pembelajaran bermula dari 1.15 petang hingga 6.40 petang.Kini,bilangan guru di sekolah ini menkangkau 106 orang dengan bilangan murid seramai 1714 orang.

                                      pengetua pertama ialah Encik Birsiri bin Singat yang bertugas dari tahun 1989 hingga 1991 sebelum bertukar ke sekolah taman tasik.kemudian jawatan pengetua dipegang oleh Cik kamariah binti sidek dari ogos 1991 hingga oktober 1992. seterusnya,sekolah diterajui oleh tuan haji Sabudin bin tamsir.Beliau berkhidmat dari 16 oktober 1992 hingga Disember  1994. Beliau oleh Puan Zakiah  bt Md Lassim  mulai  16 mei 1995 hingga awal tahun 1997. Berikut nya ,jawatan pengetua  dipegang  oleh  Puan  Petri Noor Jaliah. apabila beliau bertukar ke sekolah lain pada 16 mac 1998 , ialah Datin Hajah Halimah yang bertugas sehingga 16 Disember.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Mula januari 2003,SMK TAMAN diterajui semula oleh cik kamariah binti sidek. cikkamariah telah menamatkan perkhimatannya dan bersara di sekolah ini pada tanggal 28 April 2006. Datin mazlilah bt Ahmad Mansor pula mengambil alih pentadbiran di sekolah ini pada jun 2006 sebelum bertukar  ke SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2 pada 31 januari 2008. SMK TAMAN SERAYA menerima pengetua yang baharu iaitu Puan siti zaharah bt kadir pada 1 februari   2008 . Apabila Puan siti zaharah bertukar ke SMK CHERAS PERDANA,tempat beliau Digantikan oleh Haji Hassan bin che ling .Haji Hassan bertugas sebagai pengetua di sekolah ini pada 1 januari 2012 hinggalah 16 Mac 2014.Pada tarikh 16 mei 2014, bermulalah secara rasminya Puan Tukinah bt sadi menjalankan tugasannya sebagai pengetua di sekolah ini.                                                          

                               bangunan baru SMK Taman seraya mula dibina  pada April 1990 .Hasil desakan PIBG, bangunan ini dapat digunakan pada Disember 1990 ,lebih awal dari tarikh dijangka siap. Bagunan baharu ini terdiri daripada tiga blok iaitu blok A[ANGSANA],blok A[BELIAN] dan blok c[CENGAL].Setiap blok menempatkan kelas-kelas di samping pejabat sekolah,bilik guru,pusat sumber,makmal dan bengkel kemahiran hidup.

                                    Pada pertegahan tahun 1994, pembinaan sebuah blok baru oleh jabatan kerja Raya yang  dikenali sebagai blok D[Damar] telah bermula .blok ini digunaan pada tahun 1998 dengan menempatkan dua buah bengkel kemahiran ,tiga buah makmal sains Tulen [fizik,kimia,biologi] dan sebuah makmal Reka cipta .Kini,infrastruktur ialah Anjung seraya.


                                    Mulai tahun 1997,sekolah Menengah Taman Seraya telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya. Sekolah ini juga telah dinaikkan dari gred B ke gred  A pada bulan mac 1998.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.